NS Palm Oil
Sdn. Bhd.
NSPO Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengurusan ladang kelapa sawit yang beroperasi dalam Negeri Sembilan. NSPO Sdn. Bhd. berperanan dalam menguruskan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri Sembilan.
Hubungi kami di :
+06 764 9571
OBJEKTIF PENUBUHAN
Menjadi penyumbang strategik kepada hasil Kerajaan Negeri Sembilan melalui pelaksanaan pengurusan ladang kelapa sawit yang cekap, berdaya saing dan mampan.
PENUBUHAN
NS PALM OIL SDN. BHD.
NS Palm Oil Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 24 Mac 2021 dengan struktur pemilikan bersama iaitu dimiliki oleh Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) dan Yayasan Negeri Sembilan. Operasi rasmi syarikat bermula pada 14 Januari 2023 melalui pengurusan Ladang Johol seluas 2022 ekar yang terletak di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kamal Azman
Pengurus NSPO Sdn. Bhd.
Menjadi syarikat perladangan kelapa sawit bertaraf tinggi dan setanding dengan syarikat-syarikat perladangan terkemuka di Malaysia.
Visi
NSPO Sdn. Bhd.
MISI
Menyediakan sumber pendapatan yang mampan kepada Kerajaan Negeri dan pemegang saham.
Mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, beretika dan berorientasikan prestasi.
Komited terhadap pengurusan sumber yang cekap dan efektif bagi menjamin kecekapan pengeluaran selaras dengan piawaian industri.
